Lebih sumber

Dapatkan lebih maklumat perihal Mac anda

Untuk melihat spesifikasi komputer anda, pilih menu Apple > Perihal Mac Ini. Untuk maklumat lebih terperinci, klik Laporan Sistem dalam anak tetingkap Gambaran Keseluruhan.

Untuk mencari spesifikasi teknikal lengkap komputer anda, pergi ke Sokongan Apple Spesifikasi Teknikal Ditampilkan. Untuk spesifikasi teknikal dalam bahasa lain, klik “Spesifikasi Teknikal dalam bahasa lain.”

Untuk mencari manual komputer anda, pergi ke Sokongan Apple Manual Ditampilkan. Jika anda tidak melihat Mac anda, klik Layar dengan Produk, kemudian klik buku nota Mac atau desktop Mac. Untuk manual dalam bahasa lain, klik “Manual dalam bahasa lain.”

Dapatkan lebih maklumat penyelesaian masalah

Layari atau cari laman web Sokongan Apple, atau gunakan Apple Support Communities untuk mendapatkan maklumat daripada pengguna Apple yang lain di seluruh dunia.

Masih menghadapi masalah?

Lihat pilihan perkhidmatan dan pembaikan anda. Pilih menu Apple > Perihal Mac Ini. Dalam tetingkap Maklumat Sistem, klik Perkhidmatan, kemudian klik “Tunjukkan pilihan perkhidmatan dan pembaikan saya.” Anda juga mungkin ingin klik “Semak status liputan perkhidmatan dan sokongan saya.”

Jika anda tidak dapat membuka Maklumat Sistem, rujuk artikel Sokongan Apple Perihal liputan sokongan dan pilihan servis anda.