Gunakan AirDrop untuk menghantar fail ke peranti berdekatan anda

AirDrop membolehkan anda menghantar dokumen, foto, laman web, lokasi peta, dan lebih lagi kepada sesiapa sahaja berdekatan anda, secara wayarles. Anda boleh menghantar item dari Finder, atau dari dalam aplikasi seperti Safari atau Peta. Semak senarai peranti disokong untuk lihat jika Mac anda dan peranti yang dihantar fail menyokong AirDrop.

  1. Lakukan mana-mana yang berikut untuk menghantar fail menggunakan AirDrop:

    • Dari Finder (desktop atau tetingkap Finder): Control-klik item yang anda mahu hantar, kemudian pilih Kongsi >AirDrop daripada menu pintasan.

    • Daripada aplikasi (sebagai contoh, Safari atau Peta): Klik butang Kongsi , kemudian pilih AirDrop daripada menu.

  2. Klik nama Mac atau peranti iOS yang anda ingin hantarkan fail.

    Jika nama yang anda inginkan tiada dalam tetingkap, klik “Tidak nampak orang yang anda cari?”

Orang yang anda hantarkan fail boleh memilih untuk menyimpan fail tersebut atau tidak. Lokasi lalai untuk item AirDrop yang disimpan ialah folder Muat Turun pada Mac.

Pada Mac anda boleh mengawal siapa yang boleh menghantar item kepada anda menggunakan AirDrop dengan membuka tetingkap Finder, mengklik AirDrop dalam bar sisi, kemudian memilih Tiada Sesiapa, Kenalan Sahaja, atau Semua Orang daripada menu "Benarkan saya untuk ditemui".