Cari dengan Spotlight

Spotlight boleh mencari aplikasi, dokumen, foto dan fail lain pada Mac anda, dan gunakan Cadangan Spotlight untuk mendapatkan berita, sukan, filem, cuaca dan banyak lagi dari web menggunakan sumber seperti Wikipedia, Bing, Peta dan iTunes. Spotlight boleh melakukan pertukaran, pengiraan dan definisi untuk anda.

Menu Spotlight menunjukkan contoh carian dan hasil video yang anda boleh main

Petua: Anda boleh seret tetingkap Spotlight ke mana-mana sahaja pada desktop dan jadikannya lebih besar.

Buka Spotlight dan cari

  • Buka Spotlight: Klik ikon Spotlight di sudut atas kanan bar menu atau tekan Command-bar Space.

    Jika ini kali pertama anda menggunakan Spotlight, perihalan ditunjukkan dalam tetingkap Spotlight. Hanya mula menaip dalam medan carian yang bertulis Carian Spotlight.

  • Masukkan frasa carian: Mula menaip apa yang anda mahu cari—hasil muncul semasa anda menaip; anda tidak perlu tekan Return.

    • Anda boleh mencari fail pada Mac anda dengan menaip apa yang anda cari sama seperti cara anda menyebutnya. Di sini terdapat beberapa contoh frasa carian bahasa semula jadi:

      • foto kuala lumpur

      • e-mel dari fatimah

      • salesreportQ1

      • persembahan yang semalam saya buat yang ada bajet

    • Anda boleh cari perkara pada web dan dalam iTunes Store, iBooks Store atau App Store. Contohnya, anda boleh dapatkan hasil untuk cuaca, sukan, saham atau maklumat transit. Atau cari muzik, filem, buku, aplikasi, kedai dan mercu tanda berdekatan dan banyak lagi.

  • Buka aplikasi: Taip nama aplikasi, seperti Pratonton, kemudian tekan Return.

Spotlight pelajari daripada carian anda, oleh itu jika anda masukkan “s” dan buka Safari, pada masa lain anda masukkan “s,” Safari ialah hasil atas.

Lihat dan guna hasil carian

  • Buka item: Pilih item dalam senarai hasil di sebelah kiri, kemudian tekan kekunci Return. Atau dwiklik item.

  • Gunakan ulasan: Klik item atau pautan dalam pratonton di sebelah kanan. Sebagai contoh, untuk dengar lagu dari senarai main iTunes anda, klik butang Main bersebelahan lagu. Atau untuk membeli tiket bagi filem yang ditayangkan berdekatan anda, klik masa tayangan.

  • Tunjukkan lokasi fail pada Mac anda: Pilih fail dalam senarai hasil, kemudian tahan kekunci Command untuk tunjukkan lokasi fail di bawah pratonton.

  • Salin item: Seret fail dari senarai hasil ke desktop atau tetingkap Finder.

  • Lihat fail terbaru digunakan dalam aplikasi: Masukkan nama aplikasi (jangan tekan kekunci Return melainkan anda mahu buka aplikasi itu). Untuk buka fail, dwikliknya dalam pratonton.

  • Buatkan pintasan desktop pada item: Seret item dari senarai hasil ke desktop; hanya kliknya di desktop untuk buka item dalam aplikasi yang sesuai, seperti Safari.

  • Lihat semua hasil dari Mac anda dalam Finder: Skrol ke bawah ke bahagian bawah senarai hasil, kemudian dwiklik Tunjukkan semua dalam Finder. Anda boleh perkecilkan hasil dalam Finder.

Dapatkan pertukaran, pengiraan dan definisi

  • Tukar mata wang: Masukkan jumlah untuk melihat padanannya dalam mata wang utama lain. Contohnya, masukkan $100, £100, or ¥100. Atau masukkan sesuatu seperti "300 sek dalam dollar."

  • Tukar suhu: Masukkan suhu seperti 98.8F atau 32C. Atau masukkan sesuatu seperti "340K dalam C."

  • Tukar ukuran: Masukkan ukuran seperti 25 kg, 54 meter, atau 23 liter. Atau masukkan sesuatu seperti "32 kaki dalam meter."

  • Dapatkan pengiraan: Masukkan ungkapan matematik, seperti 956*23.94.

  • Dapatkan definisi: Masukkan perkataan atau frasa, kemudian klik hasil di bawah Definisi.

Anda boleh setkan pilihan untuk kecualikan folder, cakera atau jenis maklumat tertentu (seperti e-mel atau mesej) dari carian Spotlight. Jika anda mahu Spotlight mencari kandungan hanya pada Mac anda dan tidak masukkan hasil dari web, anda boleh nyahaktifkan Cadangan Spotlight dan Carian Web Bing. Untuk maklumat lanjut, lihat Keutamaan Spotlight.

Bukan semua ciri Cadangan Spotlight akan tersedia dalam semua bahasa atau rantau dan sesetengah ciri Cadangan Spotlight mungkin berbeza mengikut rantau.