Ambil gambar skrin
Gambar skrin (dipanggil tangkapan skrin) disimpan sebagai fail pada desktop secara automatik.
Sebaliknya jika anda lebih suka menyalin tangkapan skrin ke Papan Klip supaya anda boleh menampalnya ke dalam dokumen, tekan terus kekunci Control ketika anda menekan kekunci tangkapan skrin lain.
Ambil gambar keseluruhan skrin anda
Tekan Shift-Command-3.
Ambil gambar sebahagian daripada skrin
Tekan Shift-Command-4.
Gerakkan penuding rerambut silang ke mana yang anda ingin mulakan tangkapan skrin.
Tekan butang tetikus atau trackpad, kemudian seret ke atas kawasan yang anda ingin tangkap.
-
Apabila anda telah bersedia untuk mengambil tangkapan skrin, lepaskan butang tetikus atau trackpad.
Untuk batal, tekan Escape sebelum anda lepaskan butang tetikus.
Ambil gambar tetingkap atau bar menu
Tekan Shift-Command-4.
Tekan bar Space.
-
Gerakkan penuding kamera atas kawasan untuk serlahkannya, kemudian klik.
Untuk batal, tekan Escape sebelum anda klik.
Ambil gambar menu
Buka menu untuk paparkan perintah menu.
Tekan Shift-Command-4.
Seret penuding rerambut silang atas seluruh menu.
Jika anda ingin mengecualikan tajuk menu, tekan Shift-Command-4, tekan Bar Space, gerakkan penuding kamera ke atas menu untuk menyerlahkannya, kemudian klik.
Sesetengah aplikasi, seperti Pemain DVD, mungkin tidak membenarkan anda mengambil gambar skrin.
Anda boleh juga mengambil gambar skrin menggunakan aplikasi Grab.