Cetak dokumen

  1. Dengan dokumen terbuka, pilih Fail > Cetak atau tekan Command-P.

    Dialog Cetak terbuka, dengan pratonton kecil bagaimana dokumen anda akan kelihatan apabila dicetak. Klik anak panah di bawah pratonton untuk skrol melalui halaman.

    Ikon dalam menu timbul Pencetak menunjukkan status pencetak. Dialog Cetak menunjukkan pratonton kecil kerja cetak anda. Klik butang Tunjukkan Butiran untuk melihat semua pilihan cetak

    Petua: Untuk lihat pratonton saiz penuh dalam aplikasi Pratonton, klik menu timbul PDF, kemudian pilih Buka PDF dalam Pratonton.

  2. Jika tetapan dalam dialog Cetak seperti seadanya, klik Cetak dan anda telah selesai. Jika tidak, teruskan ke langkah 3.

  3. Pilih mana-mana tetapan cetak biasa yang berikut (anda mungkin perlu klik Tunjukkan Butiran untuk melihat sesetengah tetapan):

    • Pencetak: Pilih pencetak yang anda mahu gunakan. Jika pencetak yang anda inginkan tidak tersedia, anda boleh menambahnya. Untuk arahan, lihat Tambah atau keluarkan pencetak. Jika anda melihat satu ikon di sebelah pencetak yang anda mahu gunakan, mungkin terdapat isu yang anda perlu selesaikan – lihat Ikon dalam menu timbul Pencetak.

    • Praset: Praset ialah kumpulan tetapan cetak. Dalam kebanyakan kes anda boleh gunakan tetapan lalai, tetapi anda juga boleh memilih kumpulan tetapan yang anda simpan daripada kerja cetak sebelumnya. Untuk maklumat lanjut mengenai praset, lihat Simpan tetapan cetakan anda untuk digunakan nanti.

    • Salinan: Tentukan bilangan salinan yang anda inginkan. Untuk cetak semua halaman dari dokumen sebelum cetak salinan seterusnya, klik Tunjukkan Butiran, klik menu timbul pilihan cetak, pilih Pengendalian Kertas, kemudian pilih “Halaman kolat.”

    • B & W (atau Hitam dan Putih): Pilih untuk cetak dalam hitam dan putih, jika pencetak anda mempunyai keupayaan ini.

    • Dwimuka: Pilih ini untuk cetak pada kedua-dua belah kertas (juga dipanggil “dupleks”), jika pencetak anda mempunyai keupayaan ini.

    • Pages: Pilih untuk mencetak semua halaman, satu halaman, atau satu julat beberapa halaman.

    • Orientasi: Klik butang untuk tukar antara orientasi potret atau landskap.

Untuk maklumat lebih terperinci mengenai pilihan pencetakan, lihat Pilih tetapan cetak lanjutan.

Anda mungkin melihat pilihan berlainan dalam dialog Cetak bergantung pada pencetak anda dan aplikasi yang anda sedang gunakan. Jika arahan ini berbeza daripada apa yang anda sedang lihat, semak dokumentasi untuk aplikasi yang anda sedang gunakan dengan mengklik Bantuan dalam bar menu.

Petua: Jika anda cetak dokumen dan melihat saiz margin atau teks diklip yang tidak djangka, mungkin terdapat konflik antara set margin untuk saiz halaman anda dalam aplikasi dengan kawasan tidak dapat dicetak set halaman untuk pencetak terpilih anda. Cuba setkan kawasan tidak dapat dicetak untuk saiz halaman ke sifar. Untuk maklumat mengenai bagaimana untuk set kawasan tidak dapat dicetak berkait dengan saiz halaman, lihat Cipta saiz kertas khusus.