Gunakan tag untuk susun fail
Anda boleh tag fail dan folder untuk membuat mereka lebih mudah dijumpai. Tag berfungsi dengan semua fail dan folder anda, sama ada anda menyimpan mereka pada Mac anda atau menyimpan mereka dalam iCloud.
Tag fail dan folder
Anda boleh tambah tag berbilang ke sebarang fail.
Tag fail terbuka: Tahan penuding ke kanan tajuk dokumen, klik anak panah, klik medan Tag, kemudian masukkan tag baru atau pilih satu dari senarai.
Tag fail baru apabila anda menyimpannya: Simpan fail. Dalam dialog Simpan, klik dalam medan Tag, kemudian masukkan tag baru, atau pilih mana-mana dari senarai.
-
Tag fail pada desktop atau dalam Finder. Pilih item itu dan buka menu Fail. Anda juga boleh Control-klik item, atau ketiknya dengan dua jari. Pilih warna di bawah Tag, atau klik Tag untuk memilih dari lebih banyak tag atau masukkan tag baru.
Dalam tetingkap Finder, anda juga boleh memilih item, klik butang Tag , kemudian masukkan tag baru atau pilih man-mana dari senarai.
Cari item yang ditag
-
Klik ikon Finder dalam Dock untuk membuka tetingkap Finder. Untuk melihat semuanya dengan tag tertentu, klik tag dalam bar sisi Finder.
Untuk mengubah item yang anda lihat dalam bar sisi, pilih Finder > Keutamaan, klik Tag, kemudian pilih tag yang anda ingin lihat.
Anda juga boleh isih item dalam Finder dengan tag, atau mencari tag. Untuk mencari tag, masukkan warna atau nama tag dalam medan carian Finder, kemudian pilih tag dari cadangan.
Alih keluar tag
Alih keluar tag dari item: Control-klik item atau ketiknya dengan dua jari, kemudian klik Tag. Pilih tag yang anda ingin alih keluar, kemudian tekan Delete.
Alih keluar tag dari Mac anda: Dalam Finder, pilih Finder > Keutamaan, kemudian klik Tag. Pilih tag yang anda inginkan untuk alih keluar, kemudian klik butang Alih Keluar .
Edit tag
Dalam Finder, pilih Finder > Keutamaan, klik Tag, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Lihat tag dalam bar sisi Finder: Pilih kotak semak biru ke kanan tag.
Ubah warna tag: Klik warna berdekatan tag , kemudian pilih warna baru.
Ubah nama tag: Klik tag, klik nama tag, kemudian masukkan nama baru.
Cipta tag baru: Klik butang Tambah .
Padam tag: Pilih tag, kemudian klik butang Alih Keluar .
Tambah tag ke menu pintasan: Pilih tag dalam senarai, kemudian seretnya ke atas tag yang anda ingin gantikan dalam bahagian kegemaran di bawah tetingkap. Terdapat sehingga tujuh tag dalam menu pintasan yang muncul apabila anda Control-klik fail.
Alih keluar tag dari menu pintasan: Seret tag keluar dari bahagian Tag Kegemaran sehingga anda melihat tanda keluarkan kelabu (x).