Lihat fail anda dalam Finder

Finder adalah asas rumah untuk Mac anda. Ikon Finder kelihatan seperti muka biru tersenyum; klik ikon itu dalam Dock untuk buka tetingkap Finder.

Ikon Finder dalam Dock

Anda guna tetingkap Finder untuk menyusun dan akses hampir kesemuanya pada Mac anda.

Contoh tetingkap Finder

Lihat barangan anda

Klik item dalam bar sisi Finder untuk melihat fail, aplikasi, muat turun anda dan selanjutnya. Untuk membuatkan bar sisi menjadi lebih berguna, sesuaikannya.

Gunakan folder … atau jangan

Jika anda suka menyusun fail anda dalam folder, anda boleh lakukannya. Ia adalah mudah untuk mencipta folder baru dalam folder Dokumen, pada desktop atau dalam iCloud Drive anda. Untuk maklumat selanjutnya mengenai iCloud Drive, lihat Simpan dokumen dengan iCloud Drive.

Jika anda ingin mengelakkan folder, guna Semua Fail Saya. Semua fail pada Mac anda dan dalam iCloud ada di sana. Anda juga boleh menggunakan tag untuk menyusun fail anda.

Pilih paparan anda

Anda juga boleh memilih bagaimana anda melihat item dalam tetingkap Finder. Sebagai contoh, anda tidak perlu melihat item anda dalam senarai—Cover Flow membolehkan anda selak melalui fail dan folder anda secara visual.

Hantarnya dengan AirDrop

Anda boleh menghantar fail ke peranti iOS yang berdekatan atau Mac terus dari Finder. Klik AirDrop dalam bar sisi untuk memulakan. Untuk maklumat lanjut,lihat Gunakan AirDrop untuk menghantar fail ke peranti berdekatan anda.

Anda juga boleh memilih fail dalam Finder, kemudian klik butang Kongsi untuk kongsi ia menggunakan Mail, Mesej, Twitter, Facebook, dan selanjutnya.