Gambaran keseluruhan OS X

OS X ialah sistem operasi yang menjalankan setiap Mac. Ia berserta ciri dan aplikasi yang anda akan guna setiap hari, dan ianya membolehkan Mac, peranti iOS dan Apple Watch anda bekerja bersama.

Baru dalam OS X

OS X El Capitan memberikan anda cara mudah, pintar untuk menggunakan Mac anda—seperti bekerja dalam dua aplikasi sebelah-menyebelah, mencari fail menggunakan perkataan anda sendiri, atau menyimpan laman web kegemaran dengan mengepinnya. Ketahui lebih lanjut mengenai ciri baru dalam Baru dalam OS X.

Dua aplikasi sebelah menyebelah dalam Split View

Baru kepada Mac

Jika ini Mac pertama anda, tidak lama untuk membiasakan diri. Dock, Finder, Spotlight—mungkin tidak biasa sekarang tetapi bila anda sudah biasa, anda akan tertanya bagaimana untuk bekerja tanpanya. Ketahui lebih lanjut mengenai asas Mac dalam Baru kepada Mac.

Tetingkap Finder pada desktop

Peranti Mac dan Apple anda

Mac anda boleh bekerja bersama banyak cara dengan iPhone, iPad, iPod touch atau Apple Watch—contohnya, anda boleh membuat dan panggilan telefon iPhone dari Mac anda, sambung ke Internet menggunakan hotspot peribadi pada iPad anda, atau baca e-mel pada Apple Watch anda dan sambung di mana anda tinggalkan pada Mac anda. Ketahui lebih lanjut.

Ikon Handoff aplikasi di sebelah kiri Dock

Aplikasi untuk perkara setiap hari

Mac anda disertakan dengan aplikasi yang seronok dan berkuasa yang membolehkan anda melayari web, hantar e-mel dan mesej, tangkap nota dan idea, dapatkan arah dan banyak lagi. Banyak aplikasi dikamirkan, jadi anda boleh buat perkara dengan senang seperti ambil alamat daripada kad kenalan atau tambah peristiwa kalendar dari e-mel. Ketahui lebih lanjut.

Tetingkap Nota, Mail dan Peta dibuka pada desktop

iCloud untuk ke mana-mana anda pergi

Apabila anda sediakan iCloud pada Mac dan peranti lain anda, anda boleh gunakan ciri iCloud dengan aplikasi seperti Mail, Kenalan, Kalendar, iTunes dan banyak lagi. Anda juga boleh menggunakan ciri iCloud pada Apple TV , komputer Windows dan iCloud.com anda. Ketahui lebih lanjut.

Nota yang sama pada Mac, iPad dan iPhone

Cari Mac anda dan disebaliknya

Spotlight ialah cara terpantas untuk cari aplikasi, dokumen, imej dan banyak lagi pada Mac anda. Anda boleh dapatkan keputusan dari sumber seperti Wikipedia, laman berita, Peta, iTunes dan senarai filem. Hanya klik untuk lihat dokumen, buka e-mel atau semak bila filem bermula. Ketahui lebih lanjut.

Tetingkap Spotlight pada desktop

Menyesuaikan Mac anda

Keutamaan Sistem menawarkan banyak cara untuk sesuaikan pengalaman OS X anda. Contohnya, anda boleh gunakan foto kegemaran anda sebagai gambar desktop, posisikan Dock secara menegak atau ubah bagaimana tarikh dan masa ditunjukkan dalam bar menu. Ketahui lebih lanjut.

Desktop dengan Dock pada kiri skrin dan gambar desktop tersuai

Keselamatan terbina dalam

OS X menyertakan banyak ciri yang membantu melindungi Mac anda dan maklumat di dalamnya. Keutamaan Keselamatan & Privasi memastikan maklumat anda di bawah kawalan anda. Rantai Kunci iCloud dan aplikasi Akses Rantai Kunci boleh menyimpan dengan selamat kata laluan anda, jadi anda tidak perlu mengingati atau menguruskannya. Ketahui lebih lanjut.