Memahami kata laluan

OS X direka untuk memberikan anda persekitaran pengkomputeran yang selamat dan terjamin. Keselamatan Mac anda banyak bergantung pada menggunakan kata laluan yang selamat dalam kawasan kunci.

Kata laluan log masuk

Kata laluan log masuk, juga dinamakan kata laluan pengguna, membenarkan pengguna untuk log masuk dan akses maklumat pada Mac. Keistimewaan dihadkan oleh jenis pengguna. Pengguna pentadbir diperlukan untuk melaksanakan banyak tugas penting, seperti tetapan keutamaan sistem tertentu, memasang perisian, dan mentadbir pengguna standard. Untuk maklumat lanjut, lihat Sediakan pengguna pada Mac anda.

Kata laluan dalam Rantai Kunci iCloud

Menjejaki kata laluan adalah susah, terutamanya jika anda tidak menggunakan kata laluan yang sama sebanyak dua kali dan mempunyai peranti berbilang. Rantai Kunci iCloud mengekalkan kata laluan laman web dan Wi-Fi terkini merentasi Mac anda dan peranti iOS. Ia juga menyimpan akaun kata laluan dan tetapan yang anda tambah ke keutamaan Akaun Internet terkini pada Mac anda.

Apabila anda perlu mencipta kata laluan baru untuk laman web, Safari mencadangkan kata laluan unik, sukar untuk diteka dan menyimpannya dalam Rantai Kunci iCloud anda. Safari mengisinya secara automatik, pada lain kali anda perlu daftar masuk, supaya anda tidak perlu mengingatinya atau menaipkannya pada sebarang peranti anda. Untuk maklumat lanjut, lihat Sediakan Rantai Kunci iCloud.

Kata laluan untuk aplikasi laman web atau Internet

Jika anda perlukan bantuan dengan kata laluan untuk laman web, lihat bantuan laman web, atau maklumat akaun pada laman web.

Jika anda perlukan bantuan dengan kata laluan untuk aplikasi yang bersambung ke akaun di Internet atau rangkaian, lihat dokumentasi yang disertakan dengan aplikasi, atau maklumat dalam talian yang menyokong aplikasi. Sebagai contoh, jika anda mempunyai akaun mel dengan pembekal perkhidmatan atau laman web, lihat dokumentasi pada laman web atau hubungi pembekal. Untuk maklumat selanjutnya, lihat artikel Sokongan Apple Jika Mail pada Mac anda terus meminta kata laluan anda.

Kata laluan dalam Akses Rantai Kunci

Akses Rantai Kunci menyimpan kata laluan untuk pelbagai aplikasi dan perkhidmatan, dan menyenangkan anda mengesahkan secara berasingan untuk setiap item dalam rantai kunci anda. Rantai kunci diselamatkan oleh kata laluan rantai kunci, yang dibuka kunci apabila pengguna log masuk. Untuk maklumat lanjut, lihat Perihal kata laluan rantai kunci anda.

Apple ID

Apple ID pengguna boleh digunakan untuk reset kata laluan log masuk jika terlupa kata laluan. Untuk maklumat lanjut, lihat laman web Apple ID.

Kunci Pemulihan

Apabila anda sulitkan maklumat pada Mac anda menggunakan FileVault, kunci pemulihan dicipta sebagai perlindungan. Jika anda terlupa kata laluan log masuk, anda boleh gunakan kunci pemulihan untuk buka kunci kandungan terkod pada Mac anda. Kunci pemulihan tidak sepatutnya disimpan secara fizikal dengan Mac di mana ia akan dijumpai. Anda juga boleh meminta Apple menyimpan kunci Pemulihan anda. Untuk maklumat lanjut, lihat Set semula kata laluan log masuk.