Pasang, kemas kini dan nyahpasang aplikasi

Pilih daripada beribu aplikasi untuk OS X yang anda boleh muat turun dan pasang pada Mac anda. Anda boleh kemas kini aplikasi, dan jika anda tidak mahukan lagi aplikasi, keluarkannya dengan mudah.

Pasang app

Kemas kini aplikasi

  • App Store memaklumkan anda apabila kemas kini kepada aplikasi yang anda muat turun atau yang datang dengan Mac anda tersedia.

  • Untuk menyemak kemas kini aplikasi secara manual, pilih menu Apple > App Store, kemudian klik Kemas Kini.

    Buka App Store untuk saya

Nyahpasang aplikasi

Anda dapat nyahpasang aplikasi yang anda dapat daripada App Store, daripada laman web lain, atau dari cakera. Anda tidak boleh nyahpasang aplikasi yang sebahagian dari OS X, seperti Safari dan Mail.

  • Aplikasi dimuat turun daripada App Store: Klik ikon Launchpad dalam Dock, tahan ikon aplikasi sehingga semua ikon mula bergoyang, kemudian klik butang padam aplikasi . Jika anda inginkan aplikasi tersebut kemudian, anda boleh memasangnya semula daripada App Store.

    Jika ikon tidak mempunyai butang padam, ia tidak boleh dinyahpasang dalam Launchpad. Untuk maklumat selanjutnya mengenai Launchpad, lihat Gunakan Launchpad untuk melihat dan membuka aplikasi.

  • Aplikasi yang mempunyai pembuang pemasangan: Dalam bar sisi Finder, klik Aplikasi. Jika aplikasi berada di dalam folder, ia mungkin mempunyai Pembuang Pemasangan. Buka folder aplikasi. Jika anda melihat Nyahpasang Aplikasi atau Pembuang Pemasangan Aplikasi, kliknya dua kali dan ikut arahan pada skrin.

  • Aplikasi yang tidak mempunyai pembuang pemasangan: Dalam bar sisi Finder, klik Aplikasi. Seret aplikasi dari folder Aplikasi ke Sampah (terletak di hujung Dock), kemudian pilih Finder > Kosongkan Sampah.

    Jika anda menukar fikiran sebelum mengosongkan Sampah, pilih aplikasi dalam Sampah, kemudian pilih Fail > Letak Balik.

    AMARAN: Apabila anda kosongkan Sampah, aplikasi dialih keluar buat sementara waktu dari Mac anda. Jika anda mempunyai sebarang fail yang anda ciptakan dengan aplikasi, anda mungkin tidak boleh membukanya.