Ciri didayakan apabila Mac dan peranti anda berdekatan

Apabila anda menggunakan Mac, peranti iOS atau Apple Watch disokongdan iCloud, peranti itu mengenal pasti apabila berdekatan, mendayakan ciri untuk bekerja bersama dengan cara yang lebih pintar. Ciri Kesinambungan ini membolehkan anda bergerak secara lancar di antara peranti anda.

Panggilan telefon pada Mac dan iPhone

Handoff

Apabila Mac anda dan iPhone, iPad, iPod touch atau Apple Watch berdekatan, mereka boleh menghantar apa yang anda sedang buat antara peranti secara automatik. Suapaya anda dapat bertukar dari Mac anda ke iPad anda, atau dari Apple Watch anda ke Mac anda, dan teruskan di mana anda berhenti dengan segera. Untuk maklumat lanjut, lihat Teruskan di mana anda berhenti dengan Handoff.

Instant Hotspot

Tiada Wi‑Fi? Tiada masalah. Mac anda boleh bersambung ke Internet menggunakan hotspot peribadi pada iPhone atau iPad anda apabila berada dalam lingkungan antara satu sama lain. Tiada persediaan diperlukan. iPhone atau iPad anda muncul dalam menu Wi-Fi pada Mac anda secara automatik—hanya pilihnya untuk mengaktifkan hotspot anda. Untuk maklumat lanjut, lihat Sambung ke Internet menggunakan Instant Hotspot.

Panggilan Telefon

Apabila anda ingin membuat dan menjawab panggilan telefon, jangan capai iPhone anda—gunakan Mac anda. Anda boleh mulakan panggilan dari FaceTime, Kenalan, Safari, Mail, Peta, Spotlight, dan banyak aplikasi lain. Apabila seseorang memanggil anda, pemberitahuan muncul. Hanya klik pemberitahuan untuk menjawab. Untuk maklumat lanjut, lihat Gunakan Mac anda untuk membuat dan menerima panggilan telefon.

Mesej SMS

Hantar dan terima SMS dan mesej teks MMS terus dari Mac anda. Apabila rakan teks kepada anda, tidak kira jenis telefon yang digunakan, anda boleh respons dari mana-mana peranti yang terdekat. Semua mesej yang muncul pada iPhone anda sekarang muncul pada Mac anda, juga. Untuk maklumat lanjut, lihat Dapatkan dan hantar mesej SMS.

AirDrop

Menghantar foto atau dokumen kepada seseorang melalui teks atau e-mel adalah cara yang baik. Tetapi jika seseorang berada bersebelahan anda, teks atau e-mel menjadi seperti terlalu banyak langkah. AirDrop membolehkan anda berkongsi foto, video, kenalan dan yang lain dengan cepat, dengan sesiapa berdekatan anda—secara wayarles. Ia menjadikan berkongsi ke iPad, iPhone, iPod touch, dan Mac semudah menyeret dan melepaskan. Untuk maklumat lanjut, lihat Gunakan AirDrop untuk menghantar fail ke peranti berdekatan anda.

Untuk cara lain berkongsi, lihat Berkongsi pada Twitter, Facebook, LinkedIn dan selanjutnya.