Sediakan iCloud pada Mac anda

Untuk menggunakan iCloud pada Mac anda, anda perlu mendaftar masuk ke iCloud menggunakan Apple ID sedia ada atau baru anda, kemudian pilih ciri iCloud yang anda ingin gunakan.

Nota: Jika anda mendaftar masuk ke iCloud semasa anda mula-mula menggunakan Mac anda, anda boleh mengubah tetapan iCloud anda pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut, lihat Mengubah tetapan ciri iCloud.

Anak tetingkap iCoud dari Keutamaan Sistem, bersedia untuk entri nama dan kata laluan Apple ID
  1. Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.

    Buka keutamaan iCloud untuk saya

  2. Masukkan Apple ID anda, kemudian ikut arahan pada skrin.

    Penting: Pastikan anda menggunakan Apple ID yang sama untuk iCloud pada semua peranti anda.

    Jika anda ingin menggunakan satu Apple ID untuk iCloud dan Apple ID berlainan untuk iTunes Store, App Store, dan iBooks Store, pastikan anda memasukkan Apple ID yang anda ingin gunakan untuk iCloud di sini. Untuk maklumat selanjutnya, lihat artikel Sokongan Apple Sediakan Apple ID anda untuk iCloud dan iTunes.

  3. Jika anda ingin Mac ini memuat turun muzik iTunes dan pembelian aplikasi yang dibuat pada peranti lain anda, anda boleh jadikannya dimuat turun dalam iTunes secara automatik.

Untuk menyediakan iCloud pada peranti iOS, Apple TV, atau komputer Windows anda, ikut arahan pada laman web Cara menyediakan iCloud.