Simpan dokumen dengan iCloud Drive
iCloud Drive menyimpan persembahan, hamparan, PDF, imej dan dokumen jenis lain anda dalam iCloud supaya anda boleh mengakses dokumen ini dari mana-mana peranti anda yang disediakan untuk iCloud Drive. Ia membenarkan aplikasi anda untuk berkongsi dokumen supaya anda boleh bekerja pada fail yang sama dalam berbilang aplikasi. Untuk maklumat lanjut, lihat Apakah iCloud Drive?.
Anda boleh guna iCloud Drive pada komputer Mac (OS X v10.10 atau lebih baru), peranti iOS (iOS 8 atau lebih baru) dan komputer Windows dengan iCloud untuk Windows (Windows 7 atau lebih baru diperlukan). Komputer dan peranti anda mesti didaftar masuk ke iCloud dengan Apple ID yang sama. iCloud Drive tersedia dalam Pages, Numbers, Keynote, GarageBand dan aplikasi lain yang menyokongnya.
Anda juga boleh menggunakan iCloud Drive pada iCloud.com. Dari pelayar web pada Mac atau komputer Windows, anda boleh muat naik dan muat turun fail, padam fail, atur fail dalam folder serta ubah nama fail.
Sediakan iCloud Drive dan berhijrah dari Dokumen & Data
Sebelum anda boleh simpan dokumen dalam iCloud Drive, akaun iCloud anda mesti dinaik taraf untuk menggunakan iCloud Drive. Anda mungkin telah lakukan ini apabila anda mula-mula sediakan Mac atau peranti iOS anda. Jika anda tidak naik taraf semasa persediaan, anda boleh naik taraf pada bila-bila masa dengan mengaktifkan iCloud Drive pada Mac, peranti iOS atau komputer Windows anda.
Penting: Jika anda mempunyai peranti disediakan untuk Dokumen & Data sebelum anda naik taraf ke iCloud Drive, dokumen dan data anda yang disimpan dalam iCloud disalin ke iCloud Drive apabila anda naik taraf. Kemudian dokumen dan data tersebut tersedia pada semua peranti anda yang disediakan untuk iCloud Drive.
-
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
-
Aktifkan iCloud Drive.
Anda diminta untuk mengesahkan bahawa anda ingin menaik taraf akaun iCloud anda ke iCloud Drive dari Dokumen & Data. Jika anda tidak ditanya mengenai menaik taraf ke iCloud Drive, akaun iCloud anda telah dinaik taraf.
Selepas menaik taraf ke iCloud Drive pada satu komputer atau peranti iOS, anda boleh aktifkan iCloud Drive pada komputer dan peranti iOS lain anda. Jika anda tidak aktifkan iCloud Drive pada peranti, dokumen dan datanya tidak akan kekal terkini dengan dokumen dan data pada peranti anda yang disediakan untuk iCloud Drive.
Asas iCloud Drive
Semua perkara dalam iCloud Drive diatur dalam folder sama seperti folder lain yang anda kendalikan pada Mac anda. Sesetengah folder dicipta untuk aplikasi yang menyokong iCloud Drive seperti Pratonton, TextEdit, Pages, Numbers dan Keynote secara automatik. Anda boleh mencipta folder baru untuk mengatur item yang anda tambahkan ke iCloud Drive.
Untuk bekerja dengan fail dan folder dalam iCloud Drive, klik iCloud Drive dalam bar sisi Finder.
Letakkan dokumen dalam folder aplikasi: Folder aplikasi dalam iCloud Drive akan dicipta untuk aplikasi yang menyokong iCloud Drive pada mana-mana peranti anda secara automatik. Anda boleh mengalihkan dokumen ke dalam folder ini dan mencipta folder di dalamnya, tetapi ia hanya boleh mengandungi dokumen yang boleh dibuka oleh aplikasi. Sebagai contoh, folder Pratonton boleh mengandungi PDF dan fail imej berlainan jenis tetapi bukan filem atau arkib Zip.
Alihkan item ke dalam folder: Seret fail dan folder ke folder berlainan dalam iCloud Drive atau ke aras yang sama dengan iCloud Drive seperti folder aplikasi.
Alihkan item ke Mac anda dan alihkannya keluar dari iCloud Drive: Seret fail dan folder dari iCloud Drive ke Mac anda. Item ini disalin ke Mac anda dan dialih keluar serta-merta dari iCloud Drive pada semua peranti anda yang disediakan untuk iCloud, dan ia dialih keluar dari iCloud Drive di iCloud.com. Jika anda mengubah fikiran, anda boleh menyeret item kembali ke iCloud Drive.
Salin item ke iCloud Drive: Seret fail dan folder dari Mac anda ke iCloud Drive. Anda akan mendapat salinan item tersebut dalam kedua-dua tempat. Item yang berada dalam iCloud Drive akan kekal dikemas kini pada semua peranti anda yang disediakan untuk iCloud Drive.
Anda boleh juga menggunakan iCloud Drive apabila anda membuka dokumen atau menyimpan dokumen baru dalam aplikasi yang menyokong iCloud Drive.
Untuk maklumat lanjut, lihat Asas folder dan Padamkan fail dan folder.
Alihkan dokumen yang disimpan ke iCloud Drive
Dalam aplikasi yang membolehkan anda menyimpan dokumen dalam iCloud Drive, seperti TextEdit dan Pratonton, anda boleh juga mengalihkan dokumen yang disimpan dari Mac anda ke iCloud Drive. Untuk maklumat lanjut, lihat Simpan dokumen.
Apabila dokumen terbuka dalam aplikasi itu, pilih Fail > Alih Ke.
-
Klik menu timbul, pilih iCloud Drive atau [NamaAplikasi]—iCloud, kemudian klik Alih.
Jika anda memilih iCloud Drive, dokumen akan beralih ke aras utama iCloud Drive.
Jika anda memilih [NamaAplikasi]—iCloud, dokumen akan beralih ke folder aplikasi dalam iCloud Drive.
Dokumen iCloud Drive tersedia pada semua peranti anda yang disediakan untuk iCloud Drive, dan anda masih boleh mengeditnya apabila anda tidak bersambung ke Internet.
Jika anda tidak dapat menyalin, mengalih atau menyimpan dokumen ke iCloud Drive
Jika anda tidak dapat mengalih atau menyimpan dokumen ke iCloud Drive, ruang storan iCloud anda mungkin penuh. Dokumen yang disimpan kekal berada dalam Mac anda, dan dimuat naik ke iCloud Drive apabila ruang tersedia.
Untuk mendapatkan lebih ruang, anda boleh menaik taraf storan anda. Anda boleh juga mengalih keluar item yang anda tidak perlu disimpan dalam iCloud Drive. Untuk maklumat lanjut, lihat Mengurus storan iCloud.
Alih keluar dokumen disimpan dari iCloud Drive
Dalam aplikasi yang membolehkan anda menyimpan dokumen dalam iCloud Drive, seperti TextEdit dan Pratonton, anda boleh juga mengalihkan dokumen yang disimpan dari iCloud Drive ke folder pada Mac anda. Mengalih keluar dokumen dari iCloud akan memadamkannya dari iCloud Drive dan dari peranti lain anda yang disediakan dengan iCloud Drive. Ia juga tidak lagi tersedia dalam iCloud Drive di iCloud.com.
Apabila dokumen terbuka dalam aplikasi itu, pilih Fail > Alih Ke.
Klik menu timbul, pilih folder pada Mac anda, kemudian klik Alih.