Gunakan ciri kebolehcapaian
Kebolehcapaian bersifat standard dalam Mac. Sama ada anda mempunyai kesukaran dengan penglihatan, pendengaran, mobiliti fizikal, OS X termasuk beraneka ciri untuk membantu anda bekerja dalam cara alternatif—dan menjadikan Mac anda menjadi lebih mudah untuk digunakan.
Gunakan pembaca skrin terbina dalam dikenali sebagai VoiceOver
OS X termasuk VoiceOver, pembaca skrin terbina dalam yang menerangkan dengan kuat apa yang muncul pada skrin anda dan bercakap teks dalam dokumen, laman web, dan tetingkap. Menggunakan VoiceOver, anda mengawal Mac anda dengan papan kekunci atau gerak isyarat trackpad. Anda juga boleh sambung paparan Braille boleh segar semula untuk gunakan dengan VoiceOver.
Untuk aktifkan VoiceOver, tekan Command-F5.
-
Untuk menyesuaikan VoiceOver menggunakan Utiliti VoiceOver, tekan Control-Option-F8 (apabila VoiceOver diaktifkan).
-
Untuk mengetahui bagaimana menggunakan VoiceOver, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, klik VoiceOver, kemudian klik Buka Latihan VoiceOver.
Untuk bantuan dengan VoiceOver, pilih Bantuan > Bantuan VoiceOver ketika Utiliti VoiceOver dibuka.
Kandungan zum pada skrin
Jika item pada skrin terlalu kecil, anda boleh mengezum masuk untuk membuatkan kandungan lebih besar dan mudah dilihat.
-
Untuk tetapkan pilihan, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Zum.
Gunakan papan kekunci anda dalam cara yang berlainan
Jika anda bermasalah menggunakan papan kekunci, anda boleh mengaktifkan Kekunci Lekat dan Kekunci Perlahan, untuk memudahkan lagi menekan kekunci.
-
Untuk tetapkan pilihan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Papan Kekunci.
Alihkan penuding menggunakan papan kekunci
Jika anda bermasalah menggunakan tetikus, anda boleh mengaktifkan Kekunci Tetikus, kemudian menggunakan papan kekunci atau pad kekunci angka untuk menggerakkan penuding tetikus dan menekan butang tetikus.
-
Untuk tetapkan pilihan ini, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Tetikus & Trackpad.
Gunakan perintah pengimlakan dan teks ke pertuturan
-
Apabila Pengimlakan Dipertingkatkan diaktifkan, anda boleh gunakan perintah pengimlakan untuk membuka aplikasi, pilih menu item dan selanjutnya. OS X membekalkan bilangan perintah yang besar dan anda boleh cipta perintah pengimlakan anda sendiri.
Kawal Mac dan aplikasi anda menggunakan perintah pengimlakan
Dengan pilihan teks ke pertuturan; Mac anda boleh bercakap teks dalam dialog dan mesej amaran; dan memberitahu anda apabila aplikasi perlukan anda lakukan sesuatu, seperti menerima jemputan Mesej.
Ubah cara papan kekunci, tetikus dan trackpad anda berfungsi
OS X memberikan pelbagai cara untuk menyesuaikan bagaimana papan kekunci, tetikus dan trackpad anda berfungsi. Sebagai contoh, anda boleh melaraskan kelajuan penuding bergerak di seluruh skrin apabila anda menggerakkan jari anda merentasi trackpad.
-
Untuk tetapkan pilihan bagi papan kekunci anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Papan Kekunci.
-
Untuk tetapkan pilihan tetikus anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Tetikus.
-
Untuk tetapkan pilihan bagi trackpad anda, termasuk gerak isyarat, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Trackpad.
Kawal Mac anda dengan suis mudah suai
-
Dengan Kawalan Suis, anda boleh gunakan satu atau lebih aksesori yang sesuai untuk masukkan teks, berinteraksi dengan item pada skrin dan mengawal Mac anda. Kawalan Suis mengimbas panel atau antara muka pengguna sehingga suis digunakan untuk pilih item atau laksanakan tindakan.
Untuk semak dengan mudah ciri-ciri kebolehcapaian mana yang aktif, pilih pilihan di bawah keutamaan Kebolehcapaian untuk menunjukkan status kebolehcapaian dalam bar menu.
Untuk aktifkan ciri-ciri kebolehcapaian biasa dengan cepat tanpa membuka Keutamaan Sistem, tekan Option-Command-F5. Untuk mendengar nama dari pilihan bercakap dalam gilirannya, tekan Tab. Untuk tetapkan lebih pilihan kebolehcapaian, klik Keutamaan.
Dalam sesetengah aplikasi, anda boleh menjadikan Mac anda bercakap teks dengan memilih Edit > Pertuturan > Mulakan Bercakap. Fungsian ini mungkin tidak tersedia untuk semua bahasa.