Gunakan Pusat Pemberitahuan

Pusat Pemberitahuan membenarkan anda lihat butiran mengenai hari anda—temu janji, cuaca, hari lahir, juga ringkasan yang anda telah rancang untuk hari esok—dan ikuti perkembangan pemberitahuan yang anda terlepas.

Untuk buka Pusat Pemberitahuan, klik ikonnya dalam bar menu, atau leret kiri dengan dua jari dari hujung kanan trackpad.

Paparan hari ini menunjukkan cuaca, peringatan, dan peristiwa hari esok. Klik tab Pemberitahuan untuk melihat pemberitahuan anda yang terlepas.

Petua: Untuk menyesuaikan atau menghentikan pemberitahuan, klik ikon keutamaan Pemberitahuan di sudut bawah kanan Pusat Pemberitahuan.

Lihat hari anda sekilas pandang

Dalam Pusat Pemberitahuan, klik Hari Ini, kemudian lakukan mana-mana antara yang berikut.

  • Dapatkan Butiran: Klik item dalam widget. Sebagai contoh, klik satu item dalam widget Cuaca untuk menunjukkan ramalan setiap jam dan lima hari. Atau klik item dalam widget Kalendar untuk membuka item dalam aplikasi Kalendar.

  • Ambil tindakan: Klik item widget atau kotak semaknya. Sebagai contoh, klik ikon dalam widget Sosial untuk menerbitkan berita terbaru ke LinkedIn, Facebook, Twitter, atau Mesej. Atau klik kotak semak peringatan untuk menyelesaikannya.

  • Sesuaikan widget: Gerakkan penuding ke atas widget, kemudian klik butang Maklumat yang muncul.

  • Susun semula widget: Klik Edit di bawah paparan Hari Ini, kemudian seret widget ke atas atau ke bawah.

  • Tambah atau keluarkan widget: Klik Edit di bahagian bawah paparan Hari Ini. Untuk tambah widget, klik butang Tambah . Untuk keluarkan widget, klik butang Keluarkan ; widget dialihkan ke senarai widget tersedia.

  • Dapatkan lebih banyak widget: Klik Edit di bawah paparan Hari Ini, klik App Store, kemudian beli atau muat turun widget daripada App store. Untuk maklumat selanjutnya mengenai membeli dan memuat turun aplikasi, lihat Cari, beli dan muat turun aplikasi.

Jika anda tidak melihat akaun dalam widget Sosial, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Sambungan, klik Menu Kongsi, kemudian pilih akaun. Hanya akaun yang membenarkan siaran atau pemesejan muncul dalam paparan Hari Ini.

Buka keutamaan Sambungan untuk saya

Lihat pemberitahuan terlepas

Dalam Pusat Pemberitahuan, klik Pemberitahuan, kemudian lakukan mana-mana antara yang berikut.

  • Dapatkan butiran: Klik pemberitahuan untuk melihat item dalam aplikasi berkaitan. Sebagai contoh, klik pemberitahuan Mail untuk lihat e-mel dalam Mail. Apabila ada buka item, ia dikeluarkan daripada paparan Pemberitahuan.

  • Keluarkan semua pemberitahuan untuk satu hari atau aplikasi: Alihkan penuding ke atas satu hari atau aplikasi dalam paparan Pemberitahuan, kemudian klik Tutup .