Gunakan trackpad atau tetikus
Dalam OS X, anda berinteraksi dengan Mac anda menggunakan gerak isyarat yang membolehkan anda bertukar di antara aplikasi atau halaman dalam dokumen, menavigasi kandungan anda, dan mendapat yang terbaik daripada ruang meja anda.
Setiap Mac mudah alih disertakan bersama dengan trackpad terbina dalam, dan setiap iMac disertakan bersama dengan tetikus wayarles atau trackpad Apple. Anda boleh menggunakan sama ada tetikus wayarles atau trackpad Apple dengan setiap Mac yang didayakan Bluetooth.
Gunakan keutamaan Trackpad atau Tetikus untuk menyelaraskan cara trackpad atau tetikus anda menuding dan mengklik, skrol dan mengezum, serta bertindak balas kepada gerak isyarat.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik keutamaan Trackpad atau keutamaan Mouse.