Sediakan Perkongsian Keluarga
Perkongsian Keluarga membenarkan sehingga enam ahli keluarga anda berkongsi pembelian iTunes Store, App Store, dan iBooks Store, kalendar keluarga dan foto keluarga mereka, semuanya tanpa berkongsi akaun.
Seorang dewasa—pengurus keluarga—akan menyediakan Perkongsian Keluarga, menjemput sehingga lima orang untuk menyertai kumpulan keluarga dan bersetuju untuk membayar sebarang pembelian iTunes Store, App Store, dan iBooks Store yang ahli keluarga mulakan semasa menjadi sebahagian daripada kumpulan keluarga. Setiap ahli keluarga perlu mempunyai Apple ID yang mereka gunakan untuk iCloud. Bagi anak yang terlalu muda untuk mencipta Apple ID beliau sendiri, pengurus keluarga boleh mencipta satu ID bagi pihak anak itu. Untuk maklumat lanjut, lihat Apakah Perkongsian Keluarga?.
Jika anda sudah mempunyai kumpulan keluarga, lihat Mengurus keluarga yang anda aturkan atau Sertai keluarga.
-
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Sediakan Keluarga, kemudian ikut arahan pada skrin.
-
Klik butang Tambah , kemudian lakukan mana-mana yang berikut.
-
Tambah seseorang yang sudah mempunyai akaun: Masukkan nama atau alamat e-mel orang yang anda ingin beliau sertai keluarga, klik Teruskan, kemudian ikut arahan pada skrin. Orang yang anda tambahkan mesti sudah mempunyai Apple ID yang beliau gunakan untuk iCloud.
Jika orang yang anda tambahkan itu berdekatan, beliau boleh memasukkan Apple ID dan kata laluan yang beliau gunakan untuk iCloud. Jika tidak, anda boleh menghantar e-mel kepada orang itu untuk menjemputnya sertai.
-
Cipta Apple ID untuk anak: Pilih “Cipta Apple ID untuk anak yang tidak mempunyai akaun,” klik Teruskan, kemudian ikut arahan pada skrin.
Untuk mematuhi undang-undang perlindungan privasi kanak-kanak dalam talian, anda akan gunakan CVV atau kod keselamatan dari kredit kad sah sebagai sebahagian dari memberi persetujuan ibu bapa anda. Jika anda suka, anda boleh ubah kaedah bayaran berlainan selepas mencipta akaun.
-
Untuk menambah ahli lain, ulang langkah sebelumnya.
Pembelian yang dibuat oleh ahli keluarga baru akan tersedia untuk ahli keluarga lain selepas ahli baru mengesahkan Apple ID yang mereka gunakan untuk berkongsi pembelian iTunes Store, App Store dan iBooks Store. Setiap orang boleh melakukan ini dalam keutamaan iCloud pada Mac mereka dalam Tetapan > iCloud pada peranti iOS mereka. Untuk maklumat lanjut, lihat Kongsi pembelian dengan keluarga anda.