Sambung ke Internet menggunakan Instant Hotspot

Mac anda boleh menggunakan kawasan khas peribadi secara automatik pada iPhone atau iPad anda untuk sambung ke Internet apabila Mac dan peranti iOS anda dalam jarak lingkungan antara satu sama lain.

Untuk menggunakan kawasan khas peranti anda, Mac anda mesti mempunyai OS X Yosemite (v10.10) atau lebih baru dan anda mesti mempunyai iPhone atau iPad (model selular) dengan iOS 8 atau lebih baru dan Kawasan Khas Peribadi diaktifkan (pergi ke Tetapan > Kawasan Khas Peribadi).

  1. Pastikan peranti iOS anda dan Mac anda didaftarkan ke dalam iCloud dengan Apple ID yang sama.

  2. Pada Mac anda, klik ikon status Wi-Fi dalam bar menu, kemudian pilih iPhone atau iPad anda.

    Selepas anda sambung ke kawasan khas peribadi pada iPhone atau iPad anda, anda boleh menggunakan menu status Wi-Fi untuk semak status bateri peranti anda dan kekuatan isyarat selularnya.

Apabila anda tidak menggunakan kawasan khas, peranti anda diputuskan sambungan secara automatik untuk jimatkan hayat bateri.

Nota: Ciri ini mungkin tidak tersedia dengan semua pembawa. Yuran tambahan mungkin dikenakan. Hubungi pembawa anda untuk maklumat lanjut.