Sambung ke Internet menggunakan Wi-Fi

Jika anda berada dalam julat rangkaian Wi-Fi, anda boleh cuba untuk menyertainya.

  • Jika anda tidak melihat ikon Wi-Fi dalam bar menu, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Rangkaian, pilih Wi-Fi dalam senarai perkhidmatan, kemudian pilih “Tunjukkan status Wi-Fi dalam bar menu.”

    Buka keutamaan Rangkaian untuk saya

  • Untuk sertai rangkaian awam, klik ikon Wi-Fi dalam bar menu, kemudian pilih rangkaian yang anda ingin sertai.

    Jika rangkaian yang anda sertai dilindungi oleh kata laluan, anda perlu memasukkannya sebelum anda boleh menyertai rangkaian itu.

  • Untuk sertai rangkaian tersembunyi, klik ikon Wi-Fi kemudian pilih Sertai Rangkaian Lain.

    Anda perlu mengetahui nama, protokol keselamatan dan kata laluan rangkaian tersembunyi untuk menyertainya.

Jika anda bersambung ke Stesen Pangkalan AirPort atau AirPort Time Capsule tetapi ia tidak boleh bersambung ke Internet, gunakan Utiliti AirPort untuk sediakan peranti wayarles untuk bersambung ke Internet.

Buka Utiliti AirPort untuk saya